PAS: Sempadan laut, Myanmar perlu jadi fokus ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 MEI — PAS mengalu-alukan kehadiran pemimpin serantau ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula di sini hari ini. 

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata kehadiran pemimpin ASEAN  mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama serantau.

“Sebagai rakyat Malaysia, harapan tinggi disandarkan agar isu utama serantau dapat dibincangkan secara mendalam dan diberi perhatian serius sepanjang sidang ini.

“Antaranya isu tarif dan perdagangan serantau, kestabilan geopolitik, Laut China Selatan serta ekonomi serantau pasca pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini menggesa isu yang wajar mendapat perhatian pemimpin ASEAN.

Katanya, krisis kemanusiaan di Myanmar, keselamatan siber, jenayah rentas sempadan dan perubahan iklim wajar menjadi isu yang dibincangkan.

“Rakyat Malaysia kekal teguh dengan pendirian bahawa masa depan ASEAN bergantung pada perpaduan, saling percaya dan keberanian untuk membuat keputusan.

“Semoga persidangan ini membuka ruang kepada penyelesaian tuntas yang mampu membawa manfaat nyata kepada lebih 600 juta rakyat ASEAN.

“Selamat bersidang dan selamat datang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...