Tiada rasuah, pemuda pilih PAS, kata Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 MEI — PAS mendakwa gelombang penolakan rakyat terhadap UMNO bermula sejak 1999 sehinggalah dibuktikan pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.   

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penolakan itu didorong kesedaran anak muda yang menuntut parti politik alternatif selain UMNO. 

“Saya melihat landskap politik Malaysia mula berubah secara signifikan sejak 1999 ketika berlakunya gelombang penolakan rakyat terhadap UMNO.

“Penolakan ini menyaksikan negeri Terengganu dipimpin oleh seorang Menteri Besar dari PAS iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

“Saya percaya perubahan ini sebahagian besarnya digerakkan oleh anak muda. Walaupun ada penganalisis politik menyifatkan anak muda sebagai tidak matang dalam berpolitik,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pertemuan bersama calon Doktor Falsafah Sains Politik Nani Intan Sofia.

Katanya, rentetan situasi itu rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya mula melihat mereka mempunyai parti alternatif sebagai pengganti kepada UMNO untuk mentadbir Malaysia. 

“Hari demi hari, keyakinan masyarakat Melayu terhadap UMNO semakin terhakis. Keyakinan masyarakat Melayu kepada UMNO dari sehari ke sehari semakin menghilang.

“Anak muda hari ini memiliki sikap yang tegas dan berprinsip. Benar, mereka tidak suka berparti namun mereka jelas dalam satu perkara menolak kepalsuan, kezaliman dan rasuah.

“Kebanyakan anak muda memilih calon PAS sebagai wakil mereka kerana PAS diyakini membawa imej bersih, adil dan bebas daripada skandal rasuah serta penipuan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...