Polis kenal pasti suspek berpurdah kes simbah asid

Mangsa (kiri) dibantu orang ramai selepas disimbah asid di premisnya di Bachok, Kelantan 17 MEI 2025.

KUALA LUMPUR, 20 MEI — Ketua Polis Bachok memaklumkan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes simbah asid pengusaha spa di Bachok, Kelantan sudah dikenal pasti.   

Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata pihaknya sudah menemui petunjuk baharu berhubung kes berkenaan namun butiran lanjut belum boleh dikongsikan, lapor Berita Harian. 

“Hari ini kita sudah kenal pasti suspek, kita juga sudah ambil keterangan ahli keluarga mangsa dan saksi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pengusaha spa, Nor Faziera Muda minggu lalu terpaksa menjalani pembedahan enam jam selepas disimbah asid oleh tiga individu berpurdah.

Suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat urut selepas membuat janji temu dengan menempah sesi selama tiga jam.

Nor Faziera, 27, kemudiannnya disimbah asid ketika mahu membuka premis spa dalam kejadian 8.30 malam yang turut disaksikan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Geng Ustaz tolak profesional, mahu Hadi kekal

KUALA LUMPUR, 3 JUN — Pertubuhan Pendokong dan Pencinta...

Pempengaruh cadang Farhash bantu projek sakit MEX II

KUALA LUMPUR, 3 JUN — Pempengaruh media sosial menggesa...

Zahid doakan Zafrul tenang tunai ibadah haji

KUALA LUMPUR, 3 JUN — Datuk Seri Ahmad Zahid...

Rafizi seru PH-BN bincang elak insiden Zafrul berulang

KUALA LUMPUR, 1 JUN — Rafizi Ramli menggesa pimpinan...