PERKASA selar pihak bangkit Melayu bangsa pendatang

KUALA LUMPUR, 19 MEI — PERKASA menegaskan sebarang cubaan menyebarkan naratif orang Melayu adalah “pendatang” merupakan satu bentuk penyelewengan sejarah.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata PERKASA menyeru semua pihak kembali merujuk kepada fakta sejarah sebelum negara mencapai kemerdekaan. 

“Tanah Melayu adalah milik asal bangsa Melayu yang sudah lama membina tamadun, sistem pemerintahan dan institusi Raja-Raja yang masih utuh hingga hari ini.

“PERKASA menggesa semua rakyat Malaysia tidak kira apa juga latar belakang untuk memahami dan menghadam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia. 

“Malah British sendiri menolak penggunaan bahasa Cina dan Tamil dengan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas pandangan aktivis sejarah Mohd Herman Roslan menerusi wawancara bersama sebuah portal berita tempatan. 

Katanya, kaum Cina Malaysia di Malaysia merupakan pendatang yang tiba di Tanah Melayu bermula pada era pemerintahan Dinasti Ming. 

“Bangsa Han adalah gelombang pertama datang pada abad ke-15 semasa zaman kesultanan Melayu Melaka. 

“Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah di mana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.

“Lalu bawa bersama golongan bangsawan, pengikut serta hamba dari negara China ke Melaka,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...