WTD cecah RM13 bilion; pemilik, waris diseru tuntut

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Akauntan Negara memaklumkan sejumlah RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) direkodkan setakat bulan lalu.

Nor Yati Ahmad berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya RM4 bilion sudah dituntut oleh pemilik atau waris, lapor BERNAMA

“Mereka sebenarnya boleh membuat semakan atau mengemukakan permohonan tuntutan melalui portal rasmi atau aplikasi eGumis serta hadir ke cawangan Jabatan Akauntan Negara (JANM). 

“Kami akan terus melakukan promosi dan aktiviti turun padang menghebahkan kewujudan WTD kerana wang itu hanya boleh dikeluarkan oleh pemilik atau waris,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Minyak Beku, di Batu Pahat, Johor semalam. 

Katanya, jumlah WTD yang masih banyak mungkin disebabkan individu atau waris tidak menyangka mereka mempunyai WTD selain tidak pernah membuat semakan di JANM.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...