Tengku Zafrul usik pegawai Trump mahu tarif sifar

KUALA LUMPUR, 16 MEI — Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengambil kesempatan mengusik Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer ketika berkunjung di Korea Selatan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu mengusik Greer ketika Duta Besar AS tersebut mahu menggunakan aplikasi pembayaran elektronik.

“OK Jamieson, ini kaedah pembayaran. Pertama sekali buka aplikasi kemudian tekan butang ini ‘tarif untuk Malaysia sifar peratus’.

“Sebenarnya saya cuma tunjuk fungsi Google Translate untuk baca apa produk yang dijual sebab kami berdua tidak faham bahasa Korea,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pertemuan dengan Greer di Korea Selatan.

Katanya, rundingan pusingan pertama berhubung tarif AS sudah pun selesai dan ia berjalan lancar menuju ke pusingan kedua yang akan berlangsung 28 Mei ini.

Tengku Zafrul kini berada di Jeju, Korea Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...