MB Terengganu kesal Gen Z, Alpha cepat koyak, merajuk

KUALA LUMPUR, 15 MEI — Menteri Besar Terengganu melahirkan kebimbangan berhubung krisis ketahanan mental yang semakin pudar di kalangan remaja. 

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu bukan hanya berlaku di negara ini malah turut berlaku di Jepun dan Korea. 

“Ada satu aspek yang membimbangkan saya. Hal ini bukan spesifik kepada mahasiswa dalam pengajian sahaja tetapi mengenai generasi anak-anak di hadapan kita.

“Generasi mereka yang akan masuk ke alam pekerjaan. Mungkin ibu bapa yang ada pada hari ini ialah seperti saya dari Generasi X iaitu generasi yang lahir antara 1965 hingga 1980.

“Jadi kita akan berdepan dengan Gen Z yang lahir pada 1997 hingga 2010 atau Gen Alpha yang lahir pada 2010 hingga 2024,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi video yang dimuat di aplikasi X semalam mengulas ketahanan mental generasi muda.  

Katanya, krisis ketahanan mental sering disebut oleh syarikat multinasional menerusi kunjungan hormat atau perbincangan santai bersama kerajaan Terengganu. 

“Ada kedutaan dari luar, apabila bertemu inilah soalan yang sering ditanya. Kita berdepan dengan krisis ketahanan mental yang semakin pudar atas pelbagai perkara.

“Maka lahirlah generasi yang mudah koyak perasaannya, senang terguris dan tentunya memberi kesan yang tidak kurang hebatnya kepada negeri dan negara kita. 

“Pekerja baharu bila marah sikit, merajuk. Ini perkara yang kita kena fikir, bila marah sikit, merajuk hantar WhatsApp hendak berhenti kerja, mahu healing,” katanya. 

Ahmad Samsuri berkata faktor pekerja cepat merajuk dan mahu berhenti kerja turut dialami syarikat besar termasuk dalam bidang kejuruteraan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Zahid mahu gabungan BN-PH++ hadapi PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 15 MEI — Datuk Seri Ahmad Zahid...

Kadir: Izzah bukan soal famili tapi calon PM

KUALA LUMPUR, 15 MEI — Tokoh wartawan veteran menegaskan...

Tidak perlu pistol, PAS puji Anwar bincang MH17 

KUALA LUMPUR, 15 MEI — PAS merakamkan perhargaan kepada...

Rayuan tiada merit, CEO GISBH kekal dipenjara

KUALA LUMPUR, 15 MEI — Mahkamah Persekutuan hari ini...