PKR Terengganu desak Rafizi beri Izzah menang mudah

KUALA LUMPUR, 14 MEI — PKR Terengganu mendakwa pertembungan di antara Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam Pemilihan PKR menimbulkan kekeliruan. 

Pengerusinya, Ahmad Nazri Mohd Yusof berkata PKR kini memerlukan pelapis baharu yang berkelayakan dan seseorang yang menyantuni akar umbi, lapor Utusan Malaysia.

“Sekiranya beliau [Rafizi] ikhlas menggesa perwakilan memilih Nurul Izzah, beliau perlu menarik diri dan tidak perlu lagi kita kecoh-kecoh dengan keadaan yang sememangnya kini tegang. 

“Kalau boleh kita mahukan pemilihan dipercepat. Saya selaku orang lama di dalam parti berasakan perlunya pelapis baharu yang berkelayakan.

“Seseorang yang boleh menyantuni akar umbi parti,” katanya selepas menghadiri Majlis Perpaduan Rakyat Anjuran PKR Besut di Tanjung Demong Resort hari ini. 

Ahmad Nazri berkata Nurul Izzah mempunyai potensi tinggi untuk menang dengan kebolehan dan pengalaman yang dimilikinya sepanjang berada di dalam PKR.

Rafizi sebelum ini melahirkan kebimbangan sekiranya Nurul Izzah tewas dalam Pemilihan PKR yang memberi isyarat penolakan terhadap Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...