Fuziah seru semua calon hadir Kongres Nasional PKR

KUALA LUMPUR, 14 MEI — Setiausaha Agung PKR menggesa semua calon yang bertanding hadir ke sesi Taklimat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Kongres Nasional PKR pada 25 Mei ini. 

Fuziah Salleh berkata sesi silaturahim turut diadakan untuk calon menyantuni semua perwakilan yang menghadiri taklimat. 

“Tiada kumpulan, tiada cai. Tawarkan diri anda untuk kebaikan parti dan perjuangan. Apa yang penting kita semua bertanding menawarkan diri untuk perkukuh parti. 

“Kita bertanding dalam keluarga, bukan dengan musuh. Maka jaga adab dan tata susila. Hebahkan segala tawaran kita kepada parti dan elaklah daripada sifat menjatuhkan.

“Semoga parti kita bertambah kuat dengan kehadiran anda orang yang hebat-hebat. Saya cuma sediakan platform. Saya tidak bertanding pun,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas penganjuran Kongres Nasional PKR. 

Kongres Nasional PKR 2025 yang ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selama tiga hari bermula 23 Mei di Johor Bahru.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...