Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga nahas FRU 

KUALA LUMPUR, 14 MEI — Sultan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan semalam. 

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah baginda bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berdukacita atas insiden itu.

“Kehilangan besar ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan-rakan setugas bahkan turut menyentuh hati seluruh rakyat khususnya warga pasukan keselamatan.

“Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan serta lindungan Ilahi dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” titah baginda berdua.

Sembilan anggota FRU semalam meninggal dunia apabila kenderaan yang dinaiki mereka untuk kembali ke Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan batu.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...