Rafizi seru pimpinan muda kenang jasa veteran PKR

KUALA LUMPUR, 14 MEI — Datuk Seri Rafizi Ramli mengingatkan pimpinan muda PKR agar tidak melupakan pengorbanan individu terdahulu dalam merintis arus reformasi. 

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata pimpinan muda perlu selalu diingatkan agar sokongan rakyat kepada parti kekal utuh menerajui kerajaan.   

“Pemimpin baharu kalau diberi tanggungjawab maka ingatlah perkara itu. Janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan parti ini akhirnya ditolak atau pun kalah.

“Seperti mana saya timbalan presiden ambil alih pada 2022, saya sedar dan ambil maklum ia adalah hasil usaha beratus ribu orang wajah yang tidak bernama.

“Mereka yang kita tidak ingat pun menyokong dan membantu memberi wang kepada parti terutamanya ketika susah,” katanya menerusi video yang dimuatkan semalam. 

Rafizi kini dalam persaingan mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang dicabar anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar.       

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...