PELAWAK PROFESIONAL vs RAJA FORMULA?

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Datuk Afdlin Shauki Aksan kesal dengan kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli yang melabelkan dirinya sebagai “pelawak profesional” . 

Ketua Cabang PKR Setiawangsa itu berkata walaupun mungkin ia disampaikan dalam nada berseloroh namun kesannya tidak kecil kepada dirinya dan akar umbi yang memilihnya.

“Saya tidak malu dengan gelaran pelawak dan juga pengarah, penerbit, penulis, pendidik, dan aktivis sosial. Ia adalah sebahagian daripada identiti saya sebagai anak seni.

“Tetapi apabila label itu digunakan dalam konteks mempertikai kelayakan dan mandat kepimpinan yang diberikan oleh akar umbi, maka ia membawa maksud yang lain.

“Seolah-olah suara ahli yang memilih saya tidak wajar diberi penghormatan hanya kerana latar belakang saya tidak datang dari ‘kilang politik’,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas audio siar Rafizi yang melemparkan kata-kata sinis.

Katanya, penyertaannya ke dalam PKR bukan semasa parti itu berada di puncak kuasa tetapi ketika ramai memilih untuk menjauh meninggalkan pimpinan.

“Saya tidak tunggu peluang terbuka luas baru datang mencuba nasib. Saya tampil ketika parti sedang luka dan ramai yang tidak lagi percaya kita mampu bangkit.

“Saya memilih untuk yakin dan berjuang walau dari gelanggang yang asing bagi orang politik iaitu dunia seni.

“Lebih menyedihkan, masih ada pihak yang menyangka saya cuma ‘kepala menang, badan kalah’. Hakikatnya, seluruh pasukan saya menang dalam pemilihan,” katanya.

Afdlin berkata dunia seni membentuk dirinya menjadi pemimpin yang tahu mendengar, berempati dan merasai denyut nadi rakyat.

Katanya, kemenangannya di Setiawangsa tidak bersifat peribadi tetapi suara kolektif akar umbi yang menuntut nafas baharu dan kepimpinan yang bersedia untuk turun padang.

“Politik tanpa rasa kemanusiaan hanyalah pengurusan kuasa yang kering. Saya hadir untuk membawa nilai bukan sekadar imej. 

“Saya memilih jalan ini kerana saya yakin seni dan politik adalah dua medan yang mampu menyentuh nurani rakyat.

“Saya mahu menjadi jambatan antara dunia kreatif dengan pentadbiran yang lebih berperikemanusiaan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Maut hisap vape, menteri tubuh jawatankuasa khas 

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...

Anwar ucap takziah, gesa siasatan nahas FRU  

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PAS rakam ucapan takziah nahas FRU di Teluk Intan

KUALA LUMPUR, 13 MEI — PAS menzahirkan ucapan takziah...

10 maut trak FRU bertembung lori batu

KUALA LUMPUR, 13 MEI — 10 maut dalam nahas...