MCW kesal Siti Kasim sebar persepsi salah cemar SPRM

Oleh Akmal Ahmad 

KUALA LUMPUR, 9 MEI — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menasihatkan mana-mana pihak tidak menjadi ‘juara’ dalam isu yang masih belum disahkan.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata publisiti murahan dalam isu integriti dan siasatan boleh menjejaskan proses keadilan dan menimbulkan kekeliruan awam.

“Merujuk kepada dakwaan aktivis Siti Kasim bahawa Pamela Ling ‘dipaksa bercerai’ semasa berada di dalam bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“MCW mempersoalkan bagaimana maklumat sebegini diperoleh oleh beliau tanpa penjelasan berkenaan sumber yang sahih dan tanpa sebarang bukti konkrit.

“Kenyataan tersebut hanya berbentuk dakwaan semata-mata dan boleh menimbulkan persepsi yang salah terhadap SPRM,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Beliau berkata demikian sebagai tindak balas terhadap kenyataan Siti yang mendakwa wujud unsur tekanan dan campur tangan tidak wajar oleh SPRM.

Katanya, sekiranya maklumat yang dinyatakan itu benar dan mempunyai asas kukuh, langkah yang wajar adalah dengan membuat laporan polis. 

“MCW mengingatkan bahawa prinsip kebebasan bersuara tidak boleh disalah guna untuk menyebarkan maklumat yang belum disahkan. 

“Kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran, bukan spekulasi yang mengelirukan masyarakat,” katanya. 

Jais berkata tindakan undang-undang lebih sesuai daripada menyebarkan dakwaan secara terbuka yang boleh mencemarkan reputasi institusi penguatkuasa.

Katanya, semua pihak perlu memberikan ruang kepada pihak polis dan SPRM untuk menyiasat secara profesional, tanpa tekanan atau gangguan luar.

“MCW mengingatkan bahawa kenyataan yang dibuat tanpa kepastian hanya akan merumitkan keadaan dan menjejaskan integriti proses siasatan. 

“Jika tidak pasti atau tiada bukti, lebih baik berdiam diri daripada menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

“Kami kekal komited dalam memelihara integriti institusi negara dan menyeru semua pihak agar bertindak secara bertanggungjawab, beretika dan berdasarkan fakta,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...