Izzah timbang banyak perkara sebelum putus bertanding

KUALA LUMPUR, 7 MEI — Nurul Izzah Anwar memaklumkan beliau akan memberikan keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mempertimbangkan beberapa perkara. 

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata antara perkara yang menjadi pertimbangannya ialah kesatuan, pengukuhan perjuangan dan nafas baharu dalam PKR.

“Setulusnya, saya menghormati lagi menghargai pandangan akar umbi untuk saya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota.

“Kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu tetapi demi usaha membina masa depan PKR secara bersama di kala suka dan duka. Insya Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas sokongan akar umbi menggesa pencalonannya untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Katanya, PKR sedang berada dalam fasa penting maka segala keputusan yang bakal diambil haruslah menimbangkan keperluan kesatuan dan memperkukuh jalinan perjuangan.

“Juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...