DAP selar cadangan BERSATU, pisah halal dari JAKIM

KUALA LUMPUR, 6 MEI — Naib Pengerusi DAP menyelar cadangan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk mengeluarkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Syahredzan Johan berkata cadangan Ahli Parlimen BERSATU itu tidak wajar di saat dunia mengiktiraf pensijilan halal yang dikeluarkan JAKIM.

“Cadangan untuk mengeluarkan pensijilan halal daripada JAKIM adalah tindakan tidak wajar. Daripada kita buat perkara yang ekstrem begitu, lebih baik kita perkasakan JAKIM.

“Untuk keluarkan pensijilan halal, saya rasa setakat ini apa yang dilakukan JAKIM dalam urusan pensijilan halal, memang perkara yang baik. 

“Sebab itu kita dilihat sebagai pemimpin dunia dalam pensijilan halal ini,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat semalam.

Syahredzan menyelar cadangan Wan Ahmad Fayhsal yang mahu pensijilan halal diletakkan di bawah Pusat Tindakan Geokonomi Negara (NGCC). 

Wan Ahmad Fayhsal mencadangkan perkara itu memandangkan terdapat banyak rungutan daripada usahawan untuk mendapatkan sijil halal. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...