Anwar zahir komitmen redakan Pakistan-India

KUALA LUMPUR, 5 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia sedia memainkan peranan untuk meredakan ketegangan di antara Pakistan dan India. 

Perdana Menteri berkata hubungan baik Malaysia di antara India dan Pakistan boleh dimanfaatkan demi menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

“Saya menyatakan kesediaan Malaysia memainkan peranan ke arah meredakan ketegangan sekiranya diperlukan.

“Hubungan baik Malaysia dengan Pakistan dan India adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan demi keamanan dan kestabilan serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas perbualan telefon bersama Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif.

Katanya, Shehbaz terpaksa menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia Jumaat ini susulan ketegangan yang timbul selepas insiden serangan di Kashmir baru-baru ini.

“Saya memahami situasi rumit yang sedang dihadapi Pakistan dan mendoakan agar keadaan segera reda serta tidak terus meruncing.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk siasatan bebas dan telus.

“Insya Allah apabila keadaan mengizinkan, kita akan menyambut Shehbaz di Malaysia dalam suasana aman dan tenteram,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...