Polis giat kesan pelajar MRSM hilang enggan pulang asrama

KUALA LUMPUR, 5 MEI — Ketua Polis Kuantan memaklumkan seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pekan, Pahang hilang selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga.

ACP Wan Zahari Wan Busu berkata Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, keluar dari rumah dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

“Pengadu menyedari anaknya tiada lalu mencarinya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal dikesan.

“Mangsa didapati membawa bersama telefon bimbit milik adiknya yang masih boleh dihubungi namun tiada sebarang jawapan. 

“Remaja itu turut membawa kasut sukan, beg galas sekolah dan wang tunai kira-kira RM200,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. 

Wan Zahari berkata mangsa disedari hilang oleh ibunya kira-kira 4 petang semalam selepas mendapati remaja itu tidak berada di dalam bilik tidur.

Katanya, semakan awal mendapati remaja berkenaan memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam dan kasut sukan jenama Puma ketika keluar dari rumah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat remaja ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini pernah menyuarakan keengganan untuk pulang ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.

Katanya, ini kali pertama remaja berkenaan dilaporkan hilang dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan serta usaha mengesannya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...