Veteran cadang bubar BERSATU, kembali masuk UMNO

KUALA LUMPUR, 2 MEI — Setiausaha Veteran UMNO menggesa Parti BERSATU kembali menyertai parti Melayu itu jika ikhlas memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. 

Datuk Mustapha Yaakub berkata BERSATU boleh mengadakan satu himpunan khas bagi merealisasikan hasrat itu demi melihat penyatuan orang Melayu.  

“Apa yang perlu pucuk pimpinan BERSATU lakukan ialah memanggil perhimpunan agung khas dan membuat keputusan membubarkan BERSATU.

“Ia seperti yang pernah dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semasa pembubaran Semangat 46. Semua ahli BERSATU kembali semula kepada UMNO secara ‘inblock’.

“Itulah cara yang terbaik kalau BERSATU mahu memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Bukan bekerjasama dengan UMNO tetapi bersama dalam UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas pandangan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah semalam mendakwa BERSATU terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO kerana beranggapan kedua-dua parti berkongsi ideologi yang sama.

Katanya, UMNO dan BERSATU ditubuhkan atas asas yang sama iaitu untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Mustapha berkata kenyataan Hamzah itu menggambarkan kebimbangannya untuk meneruskan kerjasama bersama PAS. 

Katanya, Hamzah sedar bahawa PAS kini dalam usaha untuk memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar parti Islam itu diterima dalam kerajaan campuran.

“Realitinya kenyataan itu membuktikan kebimbangan BERSATU terhadap nasibnya bersama PAS dalam Perikatan Nasional yang retak menunggu belah.

“BERSATU tahu PAS sudah berusaha untuk meyakinkan Anwar supaya mereka diterima ke dalam kerajaan perpaduan. 

“Bukan sekali, tetapi sudah berkali-kali PAS menghantar ‘wakil-wakil’ mereka berjumpa Perdana Menteri untuk tujuan itu,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...