Melaka benar operasi ladang babi jika patuh syarat, kata Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 30 APRIL — Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan Melaka bersedia memberikan kebenaran untuk ladang ternakan babi beroperasi semula.  

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu berkata kerajaan negeri tidak menghalang jika semua peraturan yang ditetapkan dipatuhi, lapor BERNAMA

“Jika penternak boleh mematuhi syarat yang ditetapkan, kerajaan negeri tiada halangan untuk membenarkan ladang mereka beroperasi semula.

“Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan penternak ladang babi di kawasan berkenaan dan mereka sedia maklum dengan syarat yang ditetapkan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri Melaka semalam. 

Katanya, penternak babi di Kuala Sungai Baru akan dibenarkan meneruskan operasi jika dua syarat yang ditetapkan dipatuhi. 

Syarat berkenaan adalah penternak perlu memastikan operasi ladang dijalankan secara tertutup dan babi yang ingin dibawa masuk mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Dr Muhamad Akmal berkata setakat ini tiada kertas kerja daripada penternak untuk membina ladang tertutup bagi tujuan operasi semula.

Kerajaan negeri Melaka pada 2022 bersetuju mewartakan 35 ladang ternakan babi di Paya Mengkuang sebagai kawasan wabak dan kawalan penyakit Demam Babi Afrika (ASF).

Pewartaan itu bagi mengawal penularan penyakit ASF daripada merebak dan tiada tempoh khusus ditetapkan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Mukriz Mahathir Templak Anwar

“Tun Mahathir perasuah”, tuduh Anwar Ketika Tun Mahathir berjabat tangan...

𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥

1. Anwar cabar supaya pihak lawan mengemukakan usul tidak...

ULASAN AWAL RMK13: ANTARA ASPIRASI DAN REALITI PELAKSANAAN – YB Syahir Sulaiman

Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dibentangkan pada saat Malaysia...