Tun Siti Hasmah nasihat penyokong Tun Mahathir utamakan kesihatan 

KUALA LUMPUR, 28 APRIL — Naluri keibuan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali jelas terpancar apabila menitipkan kata-kata nasihat buat seorang pengikut setia bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nasihat dan pedoman diberikan Ibu Negara itu kepada Rohayudin Yaakob atau mesra disapa Che Din ketika meluangkan masa bersama Tun Mahathir semalam.   

“Terus makan ubat. Jangan mudah tertekan dan banyak berfikir. Perlu banyakkan bersenam,” kata Ibu Negara kepada Rohayudin yang kelihatan sedikit pilu. 

Tun Siti Hasmah kelihatan sedih melihat keadaan Rohayudin yang merupakan pengikut setia Tun Mahathir ketika negarawan itu berada di Kuala Lumpur dan Langkawi. 

Beliau memberikan nasihat dan kata perangsang kepada Rohayudin supaya lebih kuat dan bersabar menghadapi dugaan kesihatan yang dihadapinya. 

“Kalau sedang tertekan boleh datang bertemu,” katanya mengungkapkan nasihat bagai seorang ibu kepada anaknya.   

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...