Masalah jika tidak nampak pelaburan negara, kata Tun Mahathir 

KUALA LUMPUR, 28 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan beratus bilion ringgit pelaburan langsung asing (FDI) yang diumumkan kerajaan. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata jika semua FDI yang diumumkan itu menjadi kenyataan maka banyak kilang-kilang akan didirikan di seluruh negara. 

“Ada laporan menyatakan pelaburan keseluruhan yang dicapai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim RM216 bilion. 

“Anwar mengumumkan FDI akan meningkat saban tahun. Sasarannya untuk mencapai pelaburan keseluruhan RM636 juta bagi menjadi 30 gergasi ekonomi dunia. 

“Untuk itu, setiap bahagian tanah akan dipenuhi dengan kilang-kilang. Mungkin. Jika saya tidak dapat melihatnya, ia masalah bagi saya,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pengumuman FDI negara. 

Katanya, Malaysia beruntung dalam menarik FDI kerana negara kini berbicara pelaburan berbilion ringgit.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...