PAS: Ayer Kuning bukti penyokong PH enggan undi BN

KUALA LUMPUR, 27 APRIL — Pemuda PAS menegaskan pengundi di Ayer Kuning menghantar isyarat jelas menolak kerjasama UMNO dan DAP membentuk kerajaan Perak. 

Pengarah Pilihanrayanya, Mohamed Sukri Omar berkata ia dapat dilihat menerusi peratusan keluar mengundi yang rendah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.

“PRK ini membuktikan tiada perpindahan undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada Barisan Nasional (BN) dengan jumlah yang besar. 

“Lebih ketara, kemerosotan kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina memperlihatkan pengundi teras PH tidak bersedia mengalihkan sokongan kepada BN.

“Satu mesej penolakan yang sangat jelas terhadap kerjasama politik antara dua parti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

BN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas menang dengan majoriti 5,006 undi.

Calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir berjaya memperoleh 11,065 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek yang sekadar mendapat 6,059 undi.

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS pula mendapat 1,106 undi dalam persaingan tiga penjuru sebagaimana diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peratusan keluar mengundi sekadar 58.07 peratus jauh tersasar daripada jangkaan SPR 70 peratus.

Mohamed Sukri berkata keyakinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad untuk memperoleh 18,000 undi majoriti juga tidak kesampaian. 

Katanya, rakyat sebaliknya secara kolektif menghantar isyarat penolakan terhadap prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal menyantuni keperluan rakyat.

“Sejarah menunjukkan Ayer Kuning adalah kubu kuat UMNO dan BN. Kemenangan BN tidaklah mengejutkan. Namun, majoriti undi yang semakin mengecil adalah peringatan keras buat BN.

“Keyakinan rakyat terhadap mereka semakin menipis. Ia merupakan tanda-tanda awal perubahan arus politik yang tidak boleh dipandang ringan.

“Dalam realiti ini, PAS mengingatkan bahawa PN perlu terus memperkukuh peranan semak dan imbang di DUN Perak,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...