BN kekal di Ayer Kuning majoriti 5,006 undi

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas menang dengan majoriti 5,006 undi.

Calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir berjaya memperoleh 11,065 undi menewaskan calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek yang sekadar mendapat 6,059 undi.

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS pula mendapat 1,106 undi dalam persaingan tiga penjuru sebagaimana diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Peratusan keluar mengundi sehingga 6 petang tadi sekadar 58.07 peratus jauh tersasar daripada jangkaan SPR sebanyak 70 peratus. 

Keputusan PRK itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Merdeka Tapah.

Seramai 31,281 pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRK kali ini namun hanya 18,230 pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka hari ini.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...