Bimbang hujan, SPR seru pengundi keluar lebih awal

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak menunggu saat akhir untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata cuaca di kawasan itu pada sebelah petang biasanya hujan yang mungkin menghalang urusan pengundi.

“Proses pengundian setakat ini berjalan lancar di semua 60 pusat mengundi. Saya harap perkara ini kekal hingga ke petang nanti sampai pusat mengundi ditutup pada 6 petang.   

“Kita melihat angka [peratusan keluar mengundi] agak rendah dan kami memohon kepada pengundi yang berdaftar di Ayer Kuning dapat keluar mengundi lebih awal.

“Ini kerana kita takut cuaca mungkin tidak mengizinkan pada sebelah petang. Ini kerana beberapa minggu ini hujan pada sebelah petang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media hari ini mengulas peratusan mengundi yang kurang memuaskan sebelum pusat mengundi ditutup pada 6 petang. 

SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi setakat 4 petang tadi sekadar 54.01 peratus meningkat sedikit berbanding 50.18 peratus pada 3 petang. 

Ramlan berkata SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi sehingga 6 petang nanti mampu mencecah 70 peratus.

Katanya, SPR setakat ini menerima 36 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya terutama bahan kempen.

“Daripada jumlah tersebut, lima laporan dikemukakan kepada pihak polis,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...