Tun Mahathir tuntut Zahid mohon maaf isu hartanah UMNO

KUALA LUMPUR, 25 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Timbalan Perdana Menteri memohon maaf atas dakwaan bekas perdana menteri itu enggan melepaskan pegangan amanah hartanah UMNO. 

Peguam Tun Mahathir, Rafique Rashid Ali berkata, satu notis tuntutan sudah diberikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari. 

“Zahid hendaklah menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dan secara bertulis di dalam akhbar. 

“Juga di semua platform media sosial rasmi beliau dan kekalkan siaran tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. 

“Tun Mahathir merizabkan haknya untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan perkara ini sekiranya difikirkan suai manfaat dan perlu,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Zahid menafikan beliau mendakwa Tun Mahathir enggan menandatangani surat pelepasan pemegang amanah UMNO. 

Katanya, nama Tun Mahathir tidak disebut ketika diajukan soalan oleh pemberita berhubung hal itu. 

“Saya tidak pernah menyebut nama beliau. Apabila ditanya wartawan, saya sebut seseorang,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...