Hina Jalur Gemilang, PERKASA desak Fadhlina bertanggungjawab 

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 24 APRIL — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil tanggungjawab penuh atas insiden penghinaan Jalur Gemilang. 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata sebagai menteri yang mengetuai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Fadhlina tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. 

“KPM ini menterinya Melayu. Tidak mungkin beliau tidak tahu reka bentuk Jalur Gemilang. Kita faham ini bukan salah beliau tetapi di bawah kementeriannya. 

“Beliau harus bertanggungjawab. Bukan jadi menteri seronok diiring sana-sini. Sedap tidak bayar tol menggunakan kenderaan kerajaan dan sebagainya.

“Tetapi apabila berlaku perkara begini, mereka mengambil sikap tidak ambil tahu,” katanya kepada Inspirasi Channelz.

KPM hari ini mengemukakan permohonan maaf selepas Laporan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia menyiarkan ilustrasi kecerdasan buatan (AI) Jalur Gemilang. 

Kementerian itu mendakwa kecuaian berkenan tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. 

Katanya, siasatan dan tindakan tegas sudah diambil ke atas semua pihak yang terlibat manakala laporan bercetak sudah diminta untuk dikembalikan.  

Irwan Fahmi berkata kesilapan ilustrasi berkenaan bagai disengajakan terutama selepas dua akhbar China turut melakukan penghinaan serupa. 

Katanya, rakyat kini memahami mengapa KPM sangat teruja untuk memperkenalkan lencana Jalur Gemilang kepada murid sekolah. 

“Saya tidak merasakan ini satu perkara yang tidak disengajakan kerana kemungkinan mereka tidak menghormati negara sehingga Jalur Gemilang pun mereka tidak tahu. 

“Barulah saya faham sebab-sebab Jalur Gemilang perlu ada pada lencana murid. Saya tidak faham KPM tidak mengetahui dan boleh terkhilaf dalam perkara ini.

“Saya tidak merasakan ini satu kesalahan yang tidak disengaja. Apakah tujuan menghilangkan bulan sabit? Bulan sabit lambang agama Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...