Sidang khas Parlimen 5 Mei bincang tarif AS, kata Johari

KUALA LUMPUR, 24 APRIL — Tan Sri Johari Abdul mengesahkan satu mesyuarat khas akan diadakan 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata mesyuarat yang akan dimulakan pada 11 pagi akan memberi peluang Ahli Parlimen untuk memberikan pandangan.

“Mesyuarat Khas ini diadakan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras Peraturan 11(3) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ia bagi membolehkan Majlis membincangkan isu-isu semasa yang mendesak dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Ahli Yang Berhormat akan dibenarkan untuk meminta penjelasan dan memberikan pandangan semasa sesi penerangan berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas tarif timbal balas yang dikenakan AS.

Katanya, menteri yang terlibat akan memberikan penjelasan berhubung tindakan AS mengenakan tarif timbal balas serta kesannya terhadap ekonomi Malaysia.

“Tindak balas kerajaan merentasi pelbagai kementerian dan sektor termasuk penyelarasan penyelesaian jangka pendek dan sederhana serta semakan semula dasar industri tertentu.

“Perancangan jangka panjang ekonomi negara dalam menghadapi impak perang perdagangan antarabangsa demi memastikan daya tahan ekonomi Malaysia,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN kekal di Ayer Kuning majoriti 5,006 undi

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Barisan Nasional (BN) berjaya...

Fahmi: Kompaun RM6 juta, kerajaan serius pantau kualiti internet

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Menteri Komunikasi menegaskan pemantauan...

Bimbang hujan, SPR seru pengundi keluar lebih awal

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Tiba awal, tiga calon PRK Ayer Kuning selesai mengundi 

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Hari pengundian Pilihan Raya...