Sokong komunis? Cenderahati Presiden China biadap, kata NASIONALIS

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Gabungan NASIONALIS mempersoalkan cenderahati Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kepada Presiden China Xi Jinping.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata pemberian itu biadap kerana melanggar protokol dan mengenepikan kerajaan sebagai penganjur.

“Amat pelik bagaimana dalam sebuah acara rasmi yang melibatkan ketua negara besar dunia ada pula acara belakang tabir?

“Apakah kerajaan tahu tentang acara ini atau memang DAP sengaja mengenepikan protokol? Apa mesej DAP kepada China dan rakyat Malaysia?

“Dalam keadaan biasa, ini dianggap sesuatu yang biadab kerana mengenepikan pihak penganjur seperti kerajaan,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam. 

Aminuddin mengulas cenderahati yang diberikan Loke kepada Jinping sebelum Presiden China itu berlepas ke Kemboja. 

Katanya, cenderahati itu mengundang persoalan kerana ia tidak memaparkan Jalur Gemilang sebagai identiti Malaysia.

“Apakah DAP mahu dilihat sebagai penyokong komunis? Adakah DAP mahu memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka adalah wakil China di sini? 

“Adakah ini satu bentuk kesombongan DAP sehingga boleh mengenepikan protokol kerajaan? Ini semua persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat.

“Kalau diperhatikan tidak ada bendera Malaysia, tidak ada lambang apa-apa tentang Malaysia. Jadi hadiah ini mewakili siapa? Untuk apa?” soalnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...