SPR terima 27 laporan salah laku PRK, 4 siasatan polis

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 27 laporan diterima berhubung kesalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning. 

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata semua laporan berkenaan sudah mendapat perhatian SPR manakala baki empat laporan untuk tindakan pihak polis. 

“Kita menerima sepanjang proses PRK di Ayer Kuning ini sebanyak 27 laporan yang berkaitan dengan pelbagai kesalahan pilihan raya.

“Empat merupakan laporan polis dan ia merupakan kes kecil dan tidak serius. Semuanya sudah diambil tindakan oleh SPR dan empat lagi dalam tindakan pihak polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini mengulas perkembangan hari pengundian awal PRK Ayer Kuning. 

Katanya, SPR menjangkakan semua pengundi awal akan menjalankan tanggungjawab mereka hari ini di dua pusat mengundi yang ditetapkan.        

“Kita jangka semua akan keluar mengundi. Lebih daripada 90 peratus. Di IPD Tapah semua sudah keluar mengundi,” katanya. 

500 pengundi awal dijangka menjalankan tanggungjawab mereka hari ini iaitu 476 pengundi di Dewan Rekreasi Pasukan Gerakan Am Bidor.

Manakala 24 pengundi kesemuanya selesai menjalankan tanggungjawab mereka di Kompleks Perumahan IPD Tapah.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...