Puad yakin Ketua Wanita masuk PAS tidak gugat UMNO

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin tindakan bekas Ketua Wanita UMNO Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin menyertai PAS tidak memberi sebarang kesan. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata ia terbukti dengan penglibatan beberapa pemimpin kanan UMNO sebelum ini yang tidak membawa kejayaan kepada PAS, lapor Malaysia Gazette. 

“Apa bezanya Tan Sri Annuar Musa yang pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO? Apa bezanya Datuk Seri Shahidan Kassim yang pernah menjawat Menteri Besar Perlis?

“Apabila mereka menyertai PAS, mereka tidak bawa perubahan. Bahkan kita boleh rampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di negeri PAS sendiri.

“Walaupun Annuar ketika itu adalah Pengarah Pilihan Raya, tetapi kita boleh menang,” katanya ketika ditemui pemberita ketika berkempen di DUN Ayer Kuning. 

Wan Norashikin minggu lalu menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang yang turut berkempen di Ayer Kuning. 

Bekas Exco Perak itu hadir mengenakan jubah dan berpurdah ditemani suaminya Setiausaha PAS Tapah, Muhammad Noor Farid Zainal. 

Puad berkata tindakan Wan Norashikin adalah hak peribadinya dan tidak akan menggugat sokongan pengundi terhadap UMNO. 

Katanya, Wan Norashikin bebas mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS dan ia tidak semestinya ketika berkempen di DUN Ayer Kuning.  

“Saya tidak mahu memperkecilkan Wan Norashikin. Tetapi saya yakin tindakannya itu tidak membawa sebarang kesan.

“Saya dan jentera UMNO tidak membincangkan perkara ini kerana itu hak dia. Saya hanya menjawab apabila wartawan bertanyakan kepada saya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

SPRM Pahang siasat Pejabat Tanah kes ladang haram

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Sokong komunis? Cenderahati Presiden China biadap, kata NASIONALIS

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Gabungan NASIONALIS mempersoalkan cenderahati...

SPR terima 27 laporan salah laku PRK, 4 siasatan polis

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Kecam Hadi cubaan tutup isu babi, kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Afnan Hamimi Taib Azamudden...