IKIM: Tangguh haji, umrah kerana mengundi bukan tuntutan syarak

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) menyeru pemimpin politik lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan membabitkan keutamaan Rukun Islam. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata pemimpin politik digalakkan mempromosikan nilai murni termasuk ibadah dan akhlak mulia. 

“Islam mengajar kejayaan duniawi tidak boleh mengatasi kewajiban beribadah kepada Allah kerana kehidupan di dunia sementara berbanding kehidupan akhirat yang kekal. 

“Penangguhan untuk menunaikan ibadah haji atas faktor kesihatan dan keselamatan adalah rukhsah yang dibenarkan oleh syarak.

“Tidak boleh sama sekali disamakan dengan penangguhan hanya kerana perlu mengundi dalam pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kelmarin. 

Presiden PAS mendakwa umat Islam perlu mengutamakan kemenangan politik serta menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.    

Katanya, ketetapan berkenaan dibuat mengambil ibrah peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah ketika Perjanjian Hudaibiyah.

Hadi berkata kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa seiring firman Allah yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam.

Katanya, umat Islam ketika ini tidak mengamalkan pendekatan berkenaan sebaliknya lebih memilih menunaikan umrah dan haji berbanding mendapatkan kemenangan politik.

Mohamed Azam berkata pemimpin politik harus menjadi teladan dalam masyarakat serta menunjukkan sikap yang seimbang antara tanggungjawab dunia dan akhirat. 

Katanya, mengutamakan kemenangan politik sehingga merendahkan nilai haji dan umrah boleh mencerminkan kekeliruan agama dalam masyarakat. 

“Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang di mana giliran menunggu untuk menunaikan haji mengambil masa yang begitu panjang.

“Kami menyeru masyarakat untuk terus mendalami ilmu agama agar dapat membezakan tanggungjawab dunia dan akhirat,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Anwar: Bangkit dalam mesyuarat jika bantah Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Hassan: Pemilihan PKR ajar pemimpin sombong di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Hassan Abdul Karim menyifatkan...

PAS Selangor setuju fatwa nilai hujah Hadi tangguhkan umrah

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Jabatan Undang-undang dan Hak...

Sin Chew lemah, alasan tidak munasabah, kata bekas bos DBP

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Senator Profesor Emeritus Datuk...