Malaysia negara Melayu, bukan berbilang kaum, kata Tun Mahathir

Oleh Kamil Awang 

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia negara orang Melayu dan bukan berkonsepkan kepelbagaian kaum.

Bekas Perdana Menteri itu berkata orang Melayu dan keturunannya dilahirkan di sini dan tidak seperti kaum tertentu yang boleh pulang ke negara asal. 

“Di Malaysia, kita murah hati, apabila mereka hendak kekalkan kaitan mereka dengan negara asal mereka, kita tidak tolak, kita terima mereka. 

“Tetapi janganlah sampai ke tahap mereka mahu mengambil alih negara kita ini dengan berkata ini bukan negara orang Melayu, ini negara berbilang kaum. 

“Malaysia bukan negara berbilang kaum. Ini negara kita. Kita tidak ada tempat lain hendak pergi. Ini satulah negara kita,” katanya ketika berucap di majlis Aidilfitri Bersama Negarawan.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini menjadi medan penyokong Tun Mahathir bersua muka dan mendengar amanat negarawan itu.

Tun Mahathir berkata Malaysia amat istimewa apabila menerima kaum dari negara asing dan membenarkan mereka mengekalkan adat dan budaya negara asal. 

Katanya, ada kaum tertentu yang menggunakan saluran politik bagi mengambil alih tampok pemerintahan negara yang sama sekali tidak berlaku di negara lain.  

“Di negara lain pendatang yang ingin menjadi warganegara perlu lupakan saja asal usul negara mereka. Mereka terkenal sebagai penduduk tempatan dengan bahasa dan budaya tempatan.

“Tidak ada pendatang, keturunan mereka menubuhkan parti politik untuk mengambil alih negara. Tidak pernah. 

“Kita lihat ramai orang asing yang tinggal seperti di Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, mereka tidak lagi menjadi bangsa asal,” katanya.   

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...