Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Malaysia lebih berhati-hati dalam menaikkan kadar gaji minimum. 

Bekas perdana menteri itu berkata jika kerajaan tidak mengambil langkah berjaga-jaga, ringgit bakal menerima nasibnya seperti rupiah dan lira Turki.  

“Di sesetengah negara yang cuba menangani kos sara hidup dengan menaikkan gaji, kuasa membeli semakin kurang dan kita melihat kejatuhan mata wang.

“Tetapi sudah tentu kejatuhan mata wang tidak hanya disebabkan kenaikan gaji bagi menangani kos sara hidup. 

“Ia juga disebabkan rasuah, percetakan wang yang lebih tinggi dari nilai, perdagangan mata wang dan pengambilan untung serta banyak faktor lain,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas penetapan gaji minimum. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Oktober tahun lalu mengumumkan gaji minimum dinaikkan dari RM1,500 ke RM1,700.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata kadar baharu itu ditetapkan bermula Februari tahun ini dan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja berkuat kuasa 1 Ogos.

Tun Mahathir berkata pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan kejatuhan mata wang dan ia perlu mendapat bimbingan pakar.

Katanya, kejatuhan mata wang di beberapa buah negara berlaku dengan sangat ketara sehingga hampir tidak bernilai malah terdapat negara bersandarkan dolar Amerika Syarikat.

“Sebagai bukan ahli kewangan dan ekonomi, saya mahu memberikan cadangan. Pakar boleh mengatakan saya salah atau sekadar membiarkan sahaja. 

“Mata wang jatuh jika kerajaan cuba meningkatkan kos (inflasi) dengan menaikkan gaji. Pekerja percaya menaikkan gaji minimum akan menyelesaikan masalah kos sara hidup. 

“Kenaikan gaji tidak menghasilkan peningkatan yang dijangkakan dalam kuasa beli. Malah kenaikan kos pengeluaran akan mengurangkan kuasa beli kenaikan gaji sebelumnya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Malaysia negara Melayu, bukan berbilang kaum, kata Tun Mahathir

Oleh Kamil Awang  KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Tun Dr...

Sokong akhbar Cina, PERKASA desak pensyarah lucut warga negara

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

PAS fitnah Perak lulus ladang babi tanpa lesen, kata Tok Mat

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Datuk Seri Mohamad Hasan...

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...