Fitnah Khairy, mahkamah arah pendakwah bayar RM2.5 juta

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq hari ini diperintah membayar ganti rugi RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan mengeluarkan arahan itu selepas berpuas hati dengan kenyataan pendakwah tersebut, lapor Malaysia Gazette. 

“Kenyataan ini cenderung merendahkan reputasi plaintif dan memberikan kesan buruk ke atas reputasinya dalam kerajaan dan mendedahkannya kepada kebencian,” katanya. 

Beliau turut mengarahkan Abu Syafiq membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Khairy dalam kes saman fitnah itu yang difailkan pada 25 Januari 2022. 

Katanya, Abu Syafiq mencalar keperibadian dan reputasi Khairy yang ketika itu menteri Kabinet dengan kecenderungan merendahkan reputasinya di kalangan masyarakat.

Khairy memfailkan saman terhadap Abu Syafiq selepas pendakwah itu memfitnahnya menerusi empat kenyataan serta tiga video dan gambar di Instagram pada Januari 2022. 

Katanya, kenyataan fitnah itu membawa maksud beliau berbohong dengan mendakwa diberi dos ketiga Covid-19 dan memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...