
JANGAN CONTOHI HIPOKRASI PUAD ZARKASHI
Puad Zarkashi kena cerminkan muka beliau terlebih dahulu sebelum hendak tegur Tun Dr Mahathir Mohamad seorang tokoh negarawan yang amat berprinsip.
Tun Dr Mahathir sanggup hilang apa saja jawatan untuk lawan apa saja bentuk salah laku.
Sehingga kini Tun Mahathir amat konsisten dalam perjuangan beliau untuk menegakkan kebenaran.
Sesungguhnya juga, Tun Mahathir tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.
Jangan jadi macam Puad seorang pemimpin kerdil yang haprak.
Dulu dalam Perhimpunan Agung UMNO buat keputusan ‘no Anwar, no DAP’ tetapi hari ini mereka sekongkol dengan kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta DAP.
UMNO kini jadi ‘barua’ untuk kuatkan dan memperkasakan DAP kerana Anwar amat akur serta tunduk pada DAP.
Demi untuk melepaskan pemimpin-pemimpin UMNO yang korup mereka sanggup bersekongkol dengan DAP.
Puad boleh jadi ‘barua’ untuk memperkasakan DAP dan menjadi ahli UMDAP tetapi dalam masa yang sama beliau kena muhasabah diri.
Kalau hendak dibandingkan Puad dengan Tun Mahathir dapat diibaratkan seperti ‘bumi dan langit.’
Lebih baik Puad duduk diam-diam sebagai ahli UMDAP dan terus menjadi ‘barua’ pada DAP untuk mengkhianati bangsanya, agamanya serta negaranya.
Hanya orang bodoh seperti Puad yang mahu terus menjadi ahli serta berjuang bersama parti korup yang rosak dengan begitu teruk.
Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
ADT Muafakat nasional
16 April 2025
Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom
Layari : inspirasichannelz.com