Hina Jalur Gemilang, pensyarah desak haramkan akhbar China

KUALA LUMPUR, 16 APRIL — Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa menggesa akhbar Cina Sin Chew Daily dikenakan tindakan tegas kerana menghina Jalur Gemilang.

Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata tindakan akhbar berkenaan jelas mengkhianati serta menjatuhkan maruah raja dan negara, lapor Politiko.

“Ini adalah tanda pengkhianat dan derhaka kepada raja dan negara. Tidak ada gunanya kekalkan surat khabar dan kewartawanan Cina di Malaysia. Apakah ini hasutan?

“Selain haramkan Sin Chew Daily, dakwa juga pengarang dan sidang redaksi yang terbabit. Kenapa tidak ada kesilapan pada bendera China?

“Ini satu kes yang membabitkan keselamatan dan maruah negara. Permohonan maaf tidak diterima,” katanya.

Beliau mengulas muka depan akhbar Sin Chew Daily semalam yang menunjukkan tiada simbol bulan pada Jalur Gemilang bersama bendera China.

Akhbar itu tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dengan pindaan kepada versi digital sudah dibuat.

Katanya, kesilapan itu amat dikesali dan kecewa dengan kekhilafan pada penerbitan muka depan akhbar itu semalam.

“Bagi pihak semua kakitangan Sin Chew Daily kami menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kepada semua rakyat Malaysia,” menurut akhbar itu.

Ahmad Murad berkata Sin Chew Daily perlu dikenakan hukuman setimpal dan diharamkan penerbitannya di Malaysia.

Katanya, Majlis Media Malaysia juga perlu mengambil tindakan dengan menghantar nota bantahan kepada akhbar terbabit.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...