Bekas KPN akui Tun Mahathir tidak terlibat dakwa Najib

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Bekas Ketua Polis Negara mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dalam pendakwaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata bekas menteri dalam negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak terlibat dalam pendakwaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata demikian ketika proses pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Ghari di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, lapor Malaysia Gazette.  

Akram: Tiada seorang pun yang buat keputusan untuk mendakwa Najib selepas mendengar taklimat kerana ia terpulang kepada Peguam Negara?


Fuzi: Setuju.

Akram: Oleh sebab tiada keputusan dibuat oleh individu itu, saya katakan tiada unsur campur tangan dalam keputusan Peguam Negara untuk mendakwa Najib?

Fuzi: Setuju. 

Fuzi, 65, merupakan saksi pembelaan ke-19 tuduhan menyeleweng RM2.6 billion dana 1MDB oleh Najib di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Katanya, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Najib dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Najib, 71, kini menghadapi empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan bersambung esok.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...