Sultan Selangor dukacita pemergian Tun Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham khususnya balu Tun Jeanne Abdullah.

“Tuanku Sultan yang mengenali Allahyarham sejak lewat 1960-an menyifatkan Allahyarham sebagai seorang negarawan yang berdedikasi dan tenang.

“Serta diingati sebagai seorang pemimpin yang amat mementingkan kesejahteraan rakyat.

“Duli-Duli Tuanku mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan para solihin,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian seperti yang disiarkan di laman Facebook Pejabat Diraja Selangor hari ini. 

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara di sini pada 7.10 petang semalam.

Allahyarham dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. 

Enam tahun menerajui kerajaan, Tun Abdullah kemudiannya mengumumkan peletakkan jawatan sebelum digantikan dengan Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...