Tidak agresif, Syed Hamid anggap Pak Lah bos, sahabat

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Bekas Menteri Luar menyifatkan pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Perdana Menteri Kelima itu menunjukkan sikap diplomasi yang tinggi kepada pimpinan tempatan dan negara asing, lapor Astro Awani.

“Saya selalu bersama beliau sebagai Menteri Luar. Bukan sahaja beliau sebagai bos tetapi beliau seorang kawan dan sahabat. 

“Pemimpin luar pun mesra dengannya kerana pendekatannya tidak agresif. Beliau ibarat bagai wali,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Negara hari ini. 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara di sini pada 7.10 petang semalam.

Allahyarham dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. 

Enam tahun menerajui kerajaan, Tun Abdullah kemudiannya mengumumkan peletakkan jawatan sebelum digantikan dengan Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Hina Jalur Gemilang bayangan hapuskan Islam, kata perunding

KUALA LUMPUR, 16 APRIL — Seorang perunding kewangan mendakwa...

Bangkit isu bendera China, ADUN PAS digantung enam bulan

KUALA LUMPUR, 16 APRIL — Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Hina Jalur Gemilang, pensyarah desak haramkan akhbar China

KUALA LUMPUR, 16 APRIL — Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa...

Ingkar titah sultan, aktivis seru segera dakwa MP DAP

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Aktivis masyarakat menggesa pihak...