YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR HARGAI JASA WARGA PDRM

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas pengorbanan dan dedikasi mereka dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, bertitah tanpa mengira waktu, anggota PDRM sebagai pasukan keselamatan berdiri di barisan hadapan, mempertaruhkan keselamatan dan nyawa demi menjaga ketenteraman awam, menguatkuasakan undang-undang serta melindungi rakyat daripada ancaman jenayah.

“Penugasan ini bukannya mudah, namun dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keberanian serta kesungguhan.

“Rakyat menghargai segala usaha dan jasa warga PDRM yang berkhidmat tanpa mengira siang dan malam.

“Saya berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga seluruh warga PDRM terus diberikan kekuatan dan keselamatan dalam setiap tugas yang dipikul,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (25 Mac)

Sultan Ibrahim juga menghargai sumbangan serta jasa pesara-pesara PDRM yang turut berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Selamat menyambut Hari Polis Ke-218 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah Seri Paduka Baginda.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Saya mahu Iran menjadi hebat. Tapi mereka tidak boleh miliki senjata nuklear.

“Kami tidak akan membiarkan mereka memiliki senjata nuklear,” kata...

Perancis mungkin iktiraf negara Palestin pada Jun 2025?

ISTANBUL: Presiden Emmanuel Macron menyatakan Perancis mungkin akan mengiktiraf...

Presiden China Xi Jinping adakan lawatan negara ke Malaysia pada 15-17 April

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima lawatan negara daripada Presiden China,...

Fadhlina tawar diri tanding Ketua Cabang Nibong Tebal

Maka izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri...