Muhyiddin Yassin hadir pada Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa peringkat Parlimen Pagoh Di Sungai Raya, Muar Johor.

Alhamdulilah hari ini, saya dan isteri berkesempatan hadir pada Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa peringkat Parlimen Pagoh yang berlangsung di perkarangan Surau Mahmod Dasuki Sungai Raya, Muar Johor.

Pertemuan petang itu dimulakan dengan sesi bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Penggerak Masjid dan Surau Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir, Ustaz Badrul Ammar Azman.

Pengisian program diteruskan dengan penyerahan sumbangan beras secara simbolik kepada masjid dan surau sekitar Parlimen Pagoh. Majlis diikuti dengan acara menyampaikan sumbangan kepada golongan Asnaf dalam kalangan penduduk setempat.

Sementara menunggu waktu berbuka, para hadirin dibawa mendengar tazkirah oleh Imam Masjid Pekan Pagoh, Ustaz Hifzan Yahya. Usai berbuka saya berpeluang menunaikan solat Maghrib berjemaah

Saya mendoakan semoga kehadiran saudara saudari pada majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pemimpin dan masyarakat. Moga pertemuan kita ini mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT, insya-Allah.

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...