Jadikan bulan Ramadan sebagai medan bagi melatih integriti dan disiplin diri.

Anwar (tiga, kiri) diiringi Hajiji ketika menyampaikan sumbangan kepada para pelajar Tahfiz pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah di Padang Tuaran hari ini. – Gambar Bernama

umat Islam wajib berpuasa dan ibadah itu sendiri melatih diri erti integriti serta disiplin dalam meningkatkan ketakwaan dan keyakinan kepada Allah.

“Siapa yang tahu kamu puasa atau tidak, itu hanya kamu dan Allah. Jadi, ini sendiri melatih integriti dan disiplin dalam menunaikan ibadah puasa.


“Kita dilatih untuk berpuasa, apa erti disiplin, integriti dan keperibadian unggul kerana kita dilatih bertanggungjawab kepada Allah. Integriti ini dilatih semasa Ramadan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat di sini hari ini.

Anwar berkata Ramadan juga mengajar dimensi kemanusiaan kepada umat Islam dengan merasai sendiri pelbagai cabaran antaranya lapar dan dahaga selain kesukaran yang dialami golongan kurang berkemampuan.

” …Ramadan mengajar kita ada nilai Rahmah. Sudah dua pertiga Ramadan ini apakah benar ada kesedaran kita menjaga orang miskin. Kalau betul, kita bantu anak yatim dan orang miskin pada Ramadan ini supaya mereka sambut Aidilfitri dengan gembira.

“Ramadan mengajar kita untuk lebih prihatin terhadap jiran tetangga yang susah. Kita dapat merasai bagaimana sukarnya hidup dalam kemiskinan,” katanya.

Beliau turut menyeru umat Islam untuk memakmurkan masjid dan menunaikan tanggungjawab membayar zakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Bayar zakat sekali lagi mengingatkan kita (bahawa) ini instrumen ekonomi penting untuk bantu rakyat yang susah. Di sekeliling kita masih ada yang merempat hidupnya,” kata Perdana Menteri.

— BERNAMA

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...