Had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan membuka ruang kepada pemimpin politik muda untuk ke hadapan

Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata, negara akan menyaksikan tiada lagi elemen cantas-mencanta, sebaliknya hanya kefahaman bahawa Perdana Menteri akan ditukar setiap 10 tahun.

“Kita tidak akan lagi melihat kerajaan yang akan mentadbir pemerintah selama 20 tahun ataupun lebih 10 tahun maka pimpinan-pimpinan baharu, sama ada di dalam parti yang sama ataupun parti yang berlainan akan memiliki hak untuk bersaing dengan sihat.

Tambah beliau, had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan membuka ruang kepada pemimpin politik muda untuk ke hadapan. Secara tidak langsung, ia memupuk politik yang lebih sihat kerana persaingan akan terbuka kepada pemimpin baharu untuk menggantikan Perdana Menteri.Muhammad Faisal menegaskan bahawa pemimpin harus melahirkan pemimpin baharu agar selari dengan generasi semasa. Beliau menekankan bahawa kepimpinan, politik, dan sosial sentiasa berubah, maka ruang perlu diberikan kepada pemimpin baharu dengan idea segar yang sesuai dengan zaman.

Tambahnya, seorang Perdana Menteri yang baik ialah yang berjaya melahirkan pengganti berkualiti untuk meneruskan legasi kepimpinan yang positif.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...