“Saya berasa syukur kerana dapat berkumpul dalam majlis iftar dalam keadaan aman dan cukup makanan.”

“Namun, banyak negara Islam lain, umat Islam menghadapi tekanan sehingga sukar mendapatkan makanan dan bekalan asas akibat serangan musuh,”

Dr Mahathir dalam ucapannya menegaskan bahawa umat Islam wajib menjaga keselamatan diri, sebagaimana yang dituntut dalam al-Quran.

Namun, kelemahan umat Islam menyebabkan mereka gagal melindungi diri sendiri, sehingga saudara seagama di Gaza dan wilayah lain terus dibunuh dan diseksa.

Di Malaysia, walaupun hidup dalam keadaan aman, masyarakat Islam kurang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan mereka.

Katanya, salah satu bentuk kelalaian adalah kegagalan keluar mengundi bagi memilih pemimpin yang mampu melindungi kepentingan umat Islam.

Ujar Dr Mahathir lagi, sikap sambil lewa ini boleh mengancam kestabilan negara dan menyebabkan sejarah penjajahan berulang.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan tidak datang dengan sendirinya, tetapi perlu diusahakan, termasuk melalui kesedaran politik dan tindakan yang proaktif.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Islam bukan sekadar mengamalkan fardu ain seperti solat, puasa, dan zakat, tetapi juga memahami serta melaksanakan ajaran al-Quran, termasuk menjaga keselamatan ummah.

Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi jika umat Islam lalai, kemungkinan negara ini akan hilang identitinya. Beliau mengingatkan bahawa sejarah penjajahan dahulu membuktikan bahawa kehilangan kuasa boleh berlaku jika umat Islam tidak bertindak.

Oleh itu, dalam menikmati nikmat keamanan, umat Islam perlu bersyukur dan berusaha mengekalkannya. Doa dan ibadah semata-mata tidak mencukupi tanpa usaha yang nyata.

Di akhir ucapan, Tun Yang Dipertua PERKIM turut mengucapkan selamat berpuasa, selamat berbuka puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...