Warga emas didenda,muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong&Majlis Raja-Raja

Bernama

25/02/2025 15:00 MYT

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja

Johari didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Facebook Johari Ismail. – Foto Bernama

Mahkamah Sesyen di sini mendenda seorang warga emas selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook miliknya, pada 8 Feb.

Johari Ismail, 67, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Facebook Johari Ismail, dengan niat menyakiti hati orang lain.

Lelaki itu didakwa memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu yang diletakkan untuk tontonan umum, mendakwa Majlis Raja-Raja membuat undian mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana ingkar melaksanakan dokumen tambahan melibatkan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap tertuduh dan enam bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, hakim turut menasihatkan Johari yang merupakan bapa kepada empat anak agar menyedari lebih awal tentang kesan hantaran berkenaan kerana tindakan tersebut bukan sahaja menimbulkan kebencian kepada kerajaan malah masyarakat turut memandang rendah terhadap Institusi Diraja.

— BERNAMA

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Saya mahu Iran menjadi hebat. Tapi mereka tidak boleh miliki senjata nuklear.

“Kami tidak akan membiarkan mereka memiliki senjata nuklear,” kata...

Perancis mungkin iktiraf negara Palestin pada Jun 2025?

ISTANBUL: Presiden Emmanuel Macron menyatakan Perancis mungkin akan mengiktiraf...

Presiden China Xi Jinping adakan lawatan negara ke Malaysia pada 15-17 April

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima lawatan negara daripada Presiden China,...

Fadhlina tawar diri tanding Ketua Cabang Nibong Tebal

Maka izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri...