InspirasiChannelz.com
Fakta bukan Auta

Pautan Utama

Suri rumah didakwa bunuh suami

Bernama

24/02/2025 15:05 MYT

KAJANG: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya dengan menikam mangsa di sebuah pangsapuri dekat sini, minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Hew Pit Lee, 59, berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya , wanita itu hanya memandang ke bawah dan terpaksa dipanggil beberapa kali oleh jurubahasa, namun tidak memberikan sebarang respons.Hew didakwa membunuh Wong Chee Min, 61, di sebuah pangsapuri di Kajang, Semenyih di sini antara 10.30 hingga 11 pagi 16 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Majistret Fatin Dayana Jalil kemudiannya menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 17 Feb, media melaporkan seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang akibat perselisihan faham.

— BERNAMA

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Saya mahu Iran menjadi hebat. Tapi mereka tidak boleh miliki senjata nuklear.

“Kami tidak akan membiarkan mereka memiliki senjata nuklear,” kata...

Perancis mungkin iktiraf negara Palestin pada Jun 2025?

ISTANBUL: Presiden Emmanuel Macron menyatakan Perancis mungkin akan mengiktiraf...

Presiden China Xi Jinping adakan lawatan negara ke Malaysia pada 15-17 April

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima lawatan negara daripada Presiden China,...

Fadhlina tawar diri tanding Ketua Cabang Nibong Tebal

Maka izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri...