MCMC berhubung dengan TikTok isu 18 akaun media disekat – Fahmi

Beliau berkata menurut maklumat awal diterimanya daripada pihak TikTok, akaun-akaun berkenaan disekat kerana membuat laporan berkaitan kes cabul di sebuah masjid di Batang Kali baru-baru ini yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan.

“Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadangkala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham bahawa organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.”Jadi saya telah minta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media supaya tak dikenakan tindakan sedemikian rupa di masa depan,” katanya.

Difahamkan akaun TikTok bernamaofficial antara yang turut dikenakan sekatan tersebut.

Mengulas lanjut Fahmi berkata pelaporan berhubung kes cabul itu merupakan laporan biasa seperti yang dibuat lazimnya oleh organisasi media dan tidak seharusnya menjadi isu.

“Pelaporan itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Jadi di situ saya nampak masalah AI yang perlu TikTok jelaskan kepada kami dan kemudian jelaskan juga kepada syarikat-syarikat media,” katanya.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...