Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Terbuka Untuk Mana-Mana Ahli Pas Yang Layak – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR – Pas tidak menghalang mana-mana pemimpin parti itu merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti September ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tiada sekatan dikenakan terhadap mana-mana pemimpin bertanding mana-mana jawatan yang dipertandingkan dan ia terbuka kepada semua ahli yang layak.

Menurutnya, tiada calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden yang disandang Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan-pemilihan sebelum ini.

“Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas terbuka untuk dipertandingkan. Parti tak pernah tegah untuk calon bertanding, cuma tidak ada yang menawarkan diri untuk rebut jawatan tersebut dalam pemilihan,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis amanat tahun 2025 Menteri Besar Kedah kepada pentadbiran tanah negeri di sini pada Khamis.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...