Gencatan Senjata ‘Akan Berakhir’ Jika Tebusan Tidak Dipulangkan – Netanyahu

TEL AVIV: Baru tiga minggu selepas gencatan senjata yang rapuh dimeterai, Israel dan Hamas masing-masing saling menuduh pihak lawan melanggar perjanjian tersebut.

Setakat ini, 16 daripada 33 tebusan yang dijadualkan dibebaskan dalam fasa semasa perjanjian telah dibebaskan oleh Hamas, manakala Israel telah membebaskan 656 tahanan Palestin daripada senarai hampir 2,000 orang.

Susulan pengumuman dibuat Hamas itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi maklum balas dengan memberi peringatan, gencatan senjata di Gaza akan berakhir jika Hamas tidak membebaskan tebusan seperti yang dirancang pada hari Sabtu.

“Jika Hamas tidak memulangkan tebusan kami menjelang tengah hari Sabtu – gencatan senjata akan berakhir dan IDF (Angkatan Pertahanan Israel) akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan video yang dikeluarkan pada Selasa.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang utusannya membantu menjadi perantara perjanjian ini bersama pegawai dari Mesir dan Qatar mencadangkan agar pendekatan berperingkat dalam perjanjian ini diketepikan dan memberi kata dua kepada Hamas untuk membebaskan semua tebusan sekali gus.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Harimau Kumbang Hilang Taring Dibelasah Dan Dibaham Harimau Selatan 6-0

Skuad Penang Fc diurus dengan cukup profesional dan antara...

Memorandum haram vape sedang dirangka

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, butiran dan...

Anwar Ibrahim mengecam tindakan ganas

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan ganas pihak tidak...

SPRM kita berklas dunia?

Ramai yg memuji kehebatan Tan Sri Azam Baki kerana...