Lebih RM50 Juta Telah Dibelanjakan Oleh 700,000 Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar bagi pembelian barangan keperluan asas, setakat semalam (5 Feb) kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan 

“Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,600 buah di seluruh negara, berbanding hanya 700 pada 2024 dan bilangan kedai runcit ini sedang dan akan sentiasa ditambah.

“Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan bantuan tunai langsung terus disalurkan kepada golongan rentan dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) mengenai keberkesanan penyaluran bantuan SARA melalui MyKad untuk 2025 berbanding secara tunai sebelum ini.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Saya mahu Iran menjadi hebat. Tapi mereka tidak boleh miliki senjata nuklear.

“Kami tidak akan membiarkan mereka memiliki senjata nuklear,” kata...

Perancis mungkin iktiraf negara Palestin pada Jun 2025?

ISTANBUL: Presiden Emmanuel Macron menyatakan Perancis mungkin akan mengiktiraf...

Presiden China Xi Jinping adakan lawatan negara ke Malaysia pada 15-17 April

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima lawatan negara daripada Presiden China,...

Fadhlina tawar diri tanding Ketua Cabang Nibong Tebal

Maka izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri...